Sunday 22 April 2012

Buat Duit Tanpa Duit (Biar Betul??) | Pelan Kehidupan




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Seperti yang saya telah janjikan hari ini saya akan ceritakan kepada anda bagaimana untuk menjana pendapatan tanpa perlu keluarkan modal ataupun modal yang sedikit (tak sampai ratus-ratus pun).


1. Kitar Semula
~ Coklat untuk kaca...biru kertas punya...tin untuk jingga, dan plastik juga ~~ Ok kawan-kawan siapa yang tak tahu lagu ni, angkat ibu jari (thumbs up). Baiklah. Bukan nak tanya anda ada suara yang sedap macam ehem ehem, SAYA , ataupun tidak. Haha. Gurau sahaja. Bukan berkenaan dengan suara. Tetapi bagaimana anda dapat jana pendapatan dengan mengitar semula.

Setiap tahun, negara kita (Malaysia) menghasilkan sehingga 1.8 Juta Tan sampah. Wow!! Banyak tu. Yup. Memang banyak. Tapi adakah anda memanfaatkan kempen yang telah kerajaan war-warkan sejak dulu lagi (masa saya darjah 4 or 5 dah start. tahun 2001 @ 2002). Bagi mereka yang memang pengeluar kertas utama dirumah. Dengan mengitar semula dan menjual kertas-kertas yang tidak digunakan sekurang-kurangnya anda telah dapat menjana kewangan anda.

Jadi tak perlu untuk keluarkan modal bukan? #NoCostAtAll



2. Jual barang
Ok. Tengok pada contoh di atas pun kita dah tahu. Tapi kita nak jual apa kan? Anda ada barang yang sudah tidak mahu atau tidak digunakan lagi? Apa kata anda jual pada mereka yang mahukan barang anda. Tidak perlu jual terlalu mahal. Ikut harga win-win situation. Pembeli okey dan yang paling penting anda pun ok.

Contoh : Anda ada basikal yang sudah tidak digunakan. Mengapa tidak anda jualkan sahaja basikal anda pada mereka yang memerlukan (pergi ke kelas , perlu banyak beriadah dsb.). Jadi anda telah pun dapat wang hasil dari barangan anda. Tidak perlu keluarkan modal bukan? #NoCostAtAll

3. Pembeli barangan kitar semula
Maaf sebab bezakan yang no 3 dengan yang no 1. Ok lah. Kalau selalu anda dengar "surat khabar lama~~ old paper~~" orang lain yang cakap, apa kata anda pula yang bertukar tempat dengan mereka. Anda pula menjadi pembeli. Tapi sebelum jadi pembeli! Anda mesti survey harga pasaran untuk barangan yang anda akan beli.

Sebagai contoh, kedai yang mengambil barangan kitar semula, contohnya kertas mengambil @ membeli kertas dari anda dengan harga RM0.70 untuk sekilo timbangan kertas. Anda mungkin boleh beli pada penduduk taman anda dengan harga RM0.30 untuk sekilo. Jadi anda dah untung RM0.40 untuk sekilo kertas bukan? So, modal tak banyak. #LessCost

4. Dropship / Consignment
Pernahkah anda dengar dropship atau consignment sebelum ini? Sama juga seperti saya. Saya pun baru sahaja mengenali industri ini. Dropship adalah di mana anda menjadi wakil atau agen kepada mana-mana manusia yang mahu mendapatkan keuntungan (maksudnya orang menjual la), dengan menunjukkan katalog atau gambar barang yang ingin dijual kepada rakan anda. Lebih kurang konsep MLM.

Ada yang memerlukan anda membayar komitmen dan ada juga yang menawarkan anda menjadi agen atau wakil mereka secara percuma bergantung kepada penjual. Apa yang perlu anda buat adalah mendapatkan gambar atau katalog dari penjual. Anda ambil order dari kawan-kawan anda. Mereka bayar kepada anda. Anda bayar kepada penjual dengan harga yang telah ditetapkan kepada agen. Anda telah pun mendapat untung di atas angin dengan hanya mempromosikan penjualan barangan penjual itu tadi. Jadi, saya akan lebih mengatakan bahawa dropship ini anda tidak mengeluarkan sebarang kos atau modal. #NoCostAtAll

Sekian sahaja dari saya. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau komen jangan lupa tinggalkan di ruangan bawah. KITA KAYA DAN BERJAYA!!

2 comments:

Unknown said...

kat maner yerk nak cari supplier..

Unknown said...

supplier ermahida boleh cari di internet sahaja. search dropship "nama barangan yang hendak dijual".

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...