Monday 16 April 2012

#1 Review Buku : Rich Dad Poor Dad | Pelan Kehidupan


Rich Dad Poor Dad : What The Rich Teach Their Kids About Money That The Poor and Middle Class Do Not!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entry kali ni merupakan first review buku dari saya yang pertama. :)

Buku Rich Dad Poor Dad ini merupakan buku No ! di Wall Street Journal dan telah terjual sebanyak 170 juta naskhah di lebih dari 39 buah negara dan di translatekan bahasa dalam pelbagai bahasa (Melayu punya tak jumpa lagi).

Buku ini menceritkan tentang perjalanan hidup Robert Kiyosaki dari kecil. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan pelajaran sehinggalah tiba saat beliau ingin MENJADI KAYA. Tetapi dalam keinginan untuk mencapai apa yang dikecapinya banyak yang dipelajarinya dari Rich Dad. Ayah kepada sahabatnya Mike yang menjadi orang terkaya di Hawaii pada ketika beliau masih kecil.

Keinginannya untuk menjadi kaya bermula, saat beliau bersekolah berdekatan dengan rumahnya yang mana beliau merupakan antara pelajar yang datang dari keluarga yang berstatus sederhana. Bapanya merupakan orang kuat dalam institusi pendidikan di Hawaii. Tetapi mempunyai tahap kewangan yang agak menyedihkan. Berkawan baik dengan rakan-rakannya yang hidup dalam penuh kemewahan tetapi masih berkawan dan bersahabat dari mereka yang tidak berstatus seperti mereka (tak macam orang sekarang ni..) membuat beliau berkeinginan tinggi untuk mengubah hidup beliau. Walaupun ayahnya selalu mengatakan "money is the root of evil" @ wang merupakan permulaan segala kejahatan tetapi beliau percaya bahawa tiada wanglah yang menyebabkan manusia bersikap tidak baik, ditambah pula dengan kepayahan yang dialami oleh keluarganya dari sudut kewangan.

Beliau kemudian menceritakan bagaimana beliau belajar dari "Rich Dad"nya untuk menjadi orang kaya. Pada permulaan beliau bekerja dengan ayah Mike. Selepas tidak berpuas hati kerana ayah Mike masih belum mengajarkan kepada mereka tentang kekayaan, Robert bertindak untuk berjumpa dengan ayah Mike supaya mengajarkan mereka tentang bagaimana untuk menjadi kaya.

Everything has it's own price.

Bekerja dengan gaji sebanyak USD 0.10 sejam sebenarnya dah cukup banyak untuk seorang kanak-kanak di US pada ketika itu. Tetapi perjanjian oleh Rich Dad dengan Robert dan Mike adalah mereka perlu bekerja tanpa gaji untuk belajar tentang bagaimana untuk menjadi kaya.

Ikuti bagaimana beliau membeli Porsche yang pertama di saat beliau masih lagi bekerja di Xerox Corporation.

Harga : RM31.50 (MPH)

Related Post :
Irfan Khairi : Buku yang mengubah anda?

No comments:

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...