Wednesday 10 October 2012

Pelaburan Untuk Minda : Sejauh Mana Kita Sanggup?? | Pelan Kehidupan

Pelaburan Untuk Minda : Sejauh Mana Kita Sanggup?? | Pelan Kehidupan

Minda berfungsi untuk memberi kebolehan kepada manusia untuk berfikir. Minda mula berfungsi seawal kita di dalam kandungan ibu kita lagi. Tetapi apakah yang telah kita isi untuk minda kita?

Saya mahu tanya anda. Apa yang anda buat sepanjang hari ini? Bersukan? Membaca? Melepak? Tidak kiralah apa jua perkara yang anda telah lakukan sepanjang hari ini, andai kata ianya memberi kebaikan kepada anda, maka positiflah seharian hidup anda hari ini. tetapi jika tidak jangan risau. Minda manusia mampu diubah. tetapi bagaimana nak mengubahnya? Jom kita tonton dulu sekejap video ne. Agak panjang, tapi anda MESTI kena tengok!! Bukan senang taw nak dapat ilmu ni..

p/s : Special video ni taw!




Jadi anda dah tengok bukan. Betapa kata-kata, pujian, caci maki dan macam-macam lagi dari sekeliling kita akan mempengaruhi jiwa dan juga minda kita. Walau kuat macam mana pun kita rasa kita masih perlu sentiasa berdampingan orang yang mempunyai pemikiran atau sedikit sebanyak mempunyai kesukaan yang sama macam kita. Atau mungkin lebih baik kalau dalam bidag yang sama di mana pelbagai proses inovasi boleh dilakukan untuk meningkatkan produktiviti tidak kira pekerjaan ataupun perniagaan kita. Bahkan pelajaran sekalipun. :)

So, be well. Hebatt!! Heyy!

Wednesday 3 October 2012

Special Entry Buat Adik Abang : Bakal Jutawan Muda

Assalamualaikum,

   Ke hadapan adik abang, Syira. Moga dirimu dalam lindungan Allah selalu. So this is my special entry. Just for you. Sorry kalau abang rojakkan sikit. First of all, abang nak ucapkan tahniah pada Syira sebab abang rasa, you have been a lot different from your peers yang sama baya dengan Syira.
You have been in the new level of thinking. Bila kebanyakan orang berhenti berfikir kemahuan sebenar mereka dan terus menerus hidup dalam ketakutan. Takut untuk berimpian besar.Tapi Syira redah jugak.

  Abang bangga dengan adik abang yang walaupun berada dalam usia yang muda tapi tidak takut untuk buat sedikit perubahan. Bak kata bijak pandai, " Jika kita mahukan sesuatu yang kita tidak pernah dapat, maka kita kena buat apa yang kita tidak pernah buat" dan juga,"Adalah menjadi suatu kebodohan jika kita kerapkali melakukan perkara yang sama dan mengharapkan keputusan yang berbeza".


Syira,

  Teruskanlah perjuanganmu walau jatuh tersungkur sekalipun. Yakinlah dengan matlamat yang Syira pegang, kerana di situ letaknya sumber kekuatan. Jadikanlah ilmu itu antara satu sebab Syira terus dalam perjuangan Syira. Sebab kalau duit atau kuasa yang Syira pegang, maka apabila ianya hilang, maka hilanglah juga perjuangan Syira. InsyaAllah. Di suatu masa, Syira bakal bergelar jutawan. Aaaaminnnnn Ya Rabbal A'lamin..

Tuesday 2 October 2012

Abdul Rahman bin Auf : Antara Para Sahabat Yang Kaya Raya| Pelan Kehidupan

Abdul Rahman bin Auf : Antara Para Sahabat Yang Kaya Raya | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum semua. Apa khabar? (Jawab Hebatt!! Heyy!!) . Sebab sahabat saya kata, kalau kita positif, keadaan sekeliling kita pun akan turut positif. InsyaAllah. itu pun salah satu doa. Kita yakin dengan Allah. Kalau Dia beri, maksudnya Dia sayang kita. Kalau lambat, Dia tahu "timing" yang terbaik untuk kita dapat. And kalau tak dapat maksudnya ada yang lebih baik untuk kita. So teruskan berdoa dan berusaha. Formula simple D.U.I.T . Mungkin ada setengah orang tahu dan ada setengah tidak. Tapi takpe, saya beritahu je. 

D - Doa
U - Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal

Jadi, 4 perkara ni sangat penting. Terutama sekali bagi yang beragama Islam. Kenapa? Sebab Allah dah beritahu dalam Surah Al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud,
 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;..”

So, kuatkan kepercayaan kita dengan Allah. Mintalah bila-bila saja. Di saat kita senang atau susah. Kita memang makhluk yang sentiasa memerlukan penciptanya

InsyaAllah.
_________________________________________________________________________________

Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang dari para sahabat yang banyak menyumbang untuk Islam di zaman baginda Rasulullah S.A.W. Jadi jom kita hayati bagaimana strategi yang dijalankan oleh Abdul Rahman bin Auf dalam menjalankan perniagaannya sehingga dia mampu untuk menandingi usahawan-usahawan Yahudi yang terlebih dahulu berniaga sebelumnya.

1. Jual pada harga kos
Yeke?? Macam mana nak untung kalau kita jual pada harga kos? Sebenarnya bukanlah begitu. Apa yang dibuat oleh beliau adalah teknik cross sales. Apa itu teknik cross sales? Cross sales adalah teknik dimana kita meyakinkan atau menjual barang lain dalam satu pembelian pelanggan kita. Jadi apa yang Abdul Rahman bin Auf lakukan adalah dengan menjual tali pengikat unta dengan pelbagai corak. Jadi, untung akan dapat dari penjualan tali pengikat unta. Dengan mengekalkan harga unta, beliau berjaya meningkatkan sales dan pernah beliau mencapai penjualan sebanyak 1000 unta dalam sehari. WOW!!

2. Syukur walaupun untung sedikit
Walaupun untung sedikit tetapi kita harus bersyukur dan itu lebih baik daripada kita mengambil keuntungan dengan cara yang haram. InsyaAllah, dengan keberkatan rezeki itu akan menarik lebih banyak untuk datang pada kita. Saya pun pernah jual satu barang tu pada harga yang terlalu tinggi. kononnya nak untung la. tapi last-last. Satu sale pun takdak, lepas tu saya susun balik keuntungan saya. Alhamdulillah. Boleh support untuk 5 bulan sekali dapat.

3. Jual secara tunai
Banyak peniaga yang menjalankan perniagaan secara berhutang. "Ambil dulu la Kak Yah. Boleh bayar RM120 2 kali". Barang yang kita beli secara tunai sepatutnya dijual secara tunai. Kerana dengan wang itulah kita akan jadikan modal pusingan kita. Kalau tidak cukup semestinya perniagaan kita bakal lingkup. Jadi jauhkan diri dari membuat transaksi secara hutang.

InsyaAllah, setakat itu sahaja perkongsian dari saya. Walaupun sedikit harapnya apa yang saya sampaikan ini memberi manfaat. Hebbatt!! Heyy!!

   

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...