Wednesday 3 October 2012

Special Entry Buat Adik Abang : Bakal Jutawan Muda

Assalamualaikum,

   Ke hadapan adik abang, Syira. Moga dirimu dalam lindungan Allah selalu. So this is my special entry. Just for you. Sorry kalau abang rojakkan sikit. First of all, abang nak ucapkan tahniah pada Syira sebab abang rasa, you have been a lot different from your peers yang sama baya dengan Syira.
You have been in the new level of thinking. Bila kebanyakan orang berhenti berfikir kemahuan sebenar mereka dan terus menerus hidup dalam ketakutan. Takut untuk berimpian besar.Tapi Syira redah jugak.

  Abang bangga dengan adik abang yang walaupun berada dalam usia yang muda tapi tidak takut untuk buat sedikit perubahan. Bak kata bijak pandai, " Jika kita mahukan sesuatu yang kita tidak pernah dapat, maka kita kena buat apa yang kita tidak pernah buat" dan juga,"Adalah menjadi suatu kebodohan jika kita kerapkali melakukan perkara yang sama dan mengharapkan keputusan yang berbeza".


Syira,

  Teruskanlah perjuanganmu walau jatuh tersungkur sekalipun. Yakinlah dengan matlamat yang Syira pegang, kerana di situ letaknya sumber kekuatan. Jadikanlah ilmu itu antara satu sebab Syira terus dalam perjuangan Syira. Sebab kalau duit atau kuasa yang Syira pegang, maka apabila ianya hilang, maka hilanglah juga perjuangan Syira. InsyaAllah. Di suatu masa, Syira bakal bergelar jutawan. Aaaaminnnnn Ya Rabbal A'lamin..

1 comment:

Unknown said...

Wahhh.alhamdulillah syira dpt abg mcm abgmin :) may Allah bless you. Pasti! !insyaAllah syira sentiasa positif n bergelar jutawan suatu hari nnti.hebathey! Same goes to you abg,u must be a millionaire.insyaAllah

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...