Tuesday 2 October 2012

Abdul Rahman bin Auf : Antara Para Sahabat Yang Kaya Raya| Pelan Kehidupan

Abdul Rahman bin Auf : Antara Para Sahabat Yang Kaya Raya | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum semua. Apa khabar? (Jawab Hebatt!! Heyy!!) . Sebab sahabat saya kata, kalau kita positif, keadaan sekeliling kita pun akan turut positif. InsyaAllah. itu pun salah satu doa. Kita yakin dengan Allah. Kalau Dia beri, maksudnya Dia sayang kita. Kalau lambat, Dia tahu "timing" yang terbaik untuk kita dapat. And kalau tak dapat maksudnya ada yang lebih baik untuk kita. So teruskan berdoa dan berusaha. Formula simple D.U.I.T . Mungkin ada setengah orang tahu dan ada setengah tidak. Tapi takpe, saya beritahu je. 

D - Doa
U - Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal

Jadi, 4 perkara ni sangat penting. Terutama sekali bagi yang beragama Islam. Kenapa? Sebab Allah dah beritahu dalam Surah Al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud,
 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;..”

So, kuatkan kepercayaan kita dengan Allah. Mintalah bila-bila saja. Di saat kita senang atau susah. Kita memang makhluk yang sentiasa memerlukan penciptanya

InsyaAllah.
_________________________________________________________________________________

Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang dari para sahabat yang banyak menyumbang untuk Islam di zaman baginda Rasulullah S.A.W. Jadi jom kita hayati bagaimana strategi yang dijalankan oleh Abdul Rahman bin Auf dalam menjalankan perniagaannya sehingga dia mampu untuk menandingi usahawan-usahawan Yahudi yang terlebih dahulu berniaga sebelumnya.

1. Jual pada harga kos
Yeke?? Macam mana nak untung kalau kita jual pada harga kos? Sebenarnya bukanlah begitu. Apa yang dibuat oleh beliau adalah teknik cross sales. Apa itu teknik cross sales? Cross sales adalah teknik dimana kita meyakinkan atau menjual barang lain dalam satu pembelian pelanggan kita. Jadi apa yang Abdul Rahman bin Auf lakukan adalah dengan menjual tali pengikat unta dengan pelbagai corak. Jadi, untung akan dapat dari penjualan tali pengikat unta. Dengan mengekalkan harga unta, beliau berjaya meningkatkan sales dan pernah beliau mencapai penjualan sebanyak 1000 unta dalam sehari. WOW!!

2. Syukur walaupun untung sedikit
Walaupun untung sedikit tetapi kita harus bersyukur dan itu lebih baik daripada kita mengambil keuntungan dengan cara yang haram. InsyaAllah, dengan keberkatan rezeki itu akan menarik lebih banyak untuk datang pada kita. Saya pun pernah jual satu barang tu pada harga yang terlalu tinggi. kononnya nak untung la. tapi last-last. Satu sale pun takdak, lepas tu saya susun balik keuntungan saya. Alhamdulillah. Boleh support untuk 5 bulan sekali dapat.

3. Jual secara tunai
Banyak peniaga yang menjalankan perniagaan secara berhutang. "Ambil dulu la Kak Yah. Boleh bayar RM120 2 kali". Barang yang kita beli secara tunai sepatutnya dijual secara tunai. Kerana dengan wang itulah kita akan jadikan modal pusingan kita. Kalau tidak cukup semestinya perniagaan kita bakal lingkup. Jadi jauhkan diri dari membuat transaksi secara hutang.

InsyaAllah, setakat itu sahaja perkongsian dari saya. Walaupun sedikit harapnya apa yang saya sampaikan ini memberi manfaat. Hebbatt!! Heyy!!

   

No comments:

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...