Thursday 26 April 2012

Sabarlah dulu. . . | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Anda teringin membeli sesuatu barang? Dan tambahan pula barang tu bukan keperluan dan hanya kehendak semata-mata. Apa kata anda tunggu sehingga 3 hingga 5 minggu sebelum anda membelinya.


Kenapa??


Hampir 100% manusia sama sekali tidak akan berpuas hati selepas memiliki sesuatu barangan berlainan dengan apa yang mereka rasakan selepas membelinya. Jadi, simpan dulu duit anda ye. :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 22 April 2012

Buat Duit Tanpa Duit (Biar Betul??) | Pelan Kehidupan




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Seperti yang saya telah janjikan hari ini saya akan ceritakan kepada anda bagaimana untuk menjana pendapatan tanpa perlu keluarkan modal ataupun modal yang sedikit (tak sampai ratus-ratus pun).


1. Kitar Semula
~ Coklat untuk kaca...biru kertas punya...tin untuk jingga, dan plastik juga ~~ Ok kawan-kawan siapa yang tak tahu lagu ni, angkat ibu jari (thumbs up). Baiklah. Bukan nak tanya anda ada suara yang sedap macam ehem ehem, SAYA , ataupun tidak. Haha. Gurau sahaja. Bukan berkenaan dengan suara. Tetapi bagaimana anda dapat jana pendapatan dengan mengitar semula.

Setiap tahun, negara kita (Malaysia) menghasilkan sehingga 1.8 Juta Tan sampah. Wow!! Banyak tu. Yup. Memang banyak. Tapi adakah anda memanfaatkan kempen yang telah kerajaan war-warkan sejak dulu lagi (masa saya darjah 4 or 5 dah start. tahun 2001 @ 2002). Bagi mereka yang memang pengeluar kertas utama dirumah. Dengan mengitar semula dan menjual kertas-kertas yang tidak digunakan sekurang-kurangnya anda telah dapat menjana kewangan anda.

Jadi tak perlu untuk keluarkan modal bukan? #NoCostAtAll

Saturday 21 April 2012

Mengabehkan Boreh Jo Ekau Ni!! | Pelan Kehidupan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Entri kali ini saya akan bercakap tentang TIDAK BEKERJA + TIDAK BERDUIT!


Utusan Malaysia - 11 Oktober 2011

STATISTIK sehingga Julai tahun lalu, seramai 952,000 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta masih menganggur walaupun mempunyai kelayakan yang baik.

Fenomena itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya bakal siswazah. Pembangunan pesat institusi pengajian tinggi yang lahir persis cendawan yang tumbuh selepas hujan menyaksikan lebih 24,000 graduan 'dilahirkan' oleh IPTA dan IPTS seluruh negara setiap tahun.

Ia mengundang persaingan yang lebih hebat perlu ditempuhi oleh graduan untuk mendapat tempat di pasaran pekerjaan yang semakin terhad.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm


Adik saya pernah mengatakan bahawa pada tahun ini sahaja seramai lebih dari 9000++ mereka yang memohon Maktab Perguruan (nak jadi cikgu la maksudnya) tetapi yang akan diterima adalah hanya seramai 1000++ sahaja. So, rasa-rasa yang mintak nak jadi cikgu tu confirm dapat ke? Tak jugak kan.


Tapi takpe, kalau dah rezeki kita pasti kita dapat. Tapi kalau tak dapat tu satu yang perlu kita pegang adalah, there is another thing yang lebih baik dan bagus untuk kita. Tapi at last kena usaha jugak la. Cuma aku masih dan akan pegang kata-kata motivasi ni sampai bila-bila.


" No matter what type of job you have, you have the right to be rich. The only way is to throw your small mind as fas away and build new big mind."

Friday 20 April 2012

SBA Collections Network | Pelan Kehidupan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entri kali ini saya nak promote pada readers dan juga rakan-rakan bloggers. Alhamdulillah baru saja memulakan perniagaan ini dalam masa tak sampai pun sebulan lagi. Semuanya berjalan dengan lancar.

Saya menjual jersi bola , pelbagai koleksi tudung , dan pelbagai lagi barangan yang saya akan tambah dari semasa ke semasa. Support saya ye kawan-kawan!

Follow page saya untuk diskaun sehingga 7%! Klik pada gambar.

Ambil Aura Positif Jap | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entri kali ini saya takkan tulis banyak. Fokus pada gambar yang beri inspirasi dan motivasi untuk saya bila saya down. Benda-benda ini beri aura positif untuk saya teruskan perjuangan saya dan sentiasa berfikiran positif dalam apa jua perkara yang mendatang.

Mekah

Success is always with me!


Dream car - RM 170,000
Kadang-kadang kalau saya rasa down. Saya akan fikirkan benda-benda ni. Untuk dapat benda yang saya tak pernah dapat, saya kena buat benda yang saya tak pernah buat! Layan video ne jom.

UNIC - Menuju Wawasan



Sekian. See you in next entry. Kita kaya dan berjaya!


Thursday 19 April 2012

Laa... Bukan Susah Pun Nak Solat | Pelan Kehidupan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entry kali ini tidaklah panjang. Sebab gambar ni pun dah cukup untuk terangkan. Ya! Solat tak susah pun. Hanya ambil masa beberapa minit sahaja.

Alhamdulillah Allah dah beri kita tangan, kaki, dan seumpanya untuk kita beribadah kepadanya. Cuba tengok kawan-kwan kita yang tak ada tangan kaki dan lain-lain tu. Hurmmm.. Rugi sangat kalau dengan apa yang kita ada sekarang ni, kita tak hargai. Saya tak cakap pada kawan-kawan saja. Diri sendiri ni pun kadang-kadang terlepas jugak.

Tapi, slowly kita perbaiki diri. InsyaAllah, biar sedikit tetapi istiqamah Allah suka. Bila Allah suka, insyaAllah akan dipermudahkan permintaan kita. Jom kita topup amalan kita. Moga diberkati selalu.

gambar oleh : Facebook Lukisan Dakwah Islam

Wednesday 18 April 2012

Langkah-langkah Usahawan Memburu Impian | Pelan Kehidupan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni saya nak share dengan korang 
Langkah-langkah Usahawan Memburu Impian

1. Matlamat yang membakar. (Matlamat anda dalam perniagaan anda)
2. Pengorbanan.
3. Ada keyakinan + semangat + disiplin yang maksimum

Tambah Ilmu Bukan Hanya di Kelas Sahaja | Pelan Kehidupan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entri kali ni nak bercakap tentang menambah ilmu. Alhamdulillah syukur Allah masih beri kelebihan pada kita untuk kita hirup udara untuk hari ni.

So, back to the topik. Ada orang menganggap bahawa untuk dapat ilmu hanya dari kelas semata-mata. Tapi kena tahu juga ilmu itu cabangnya luas sangat. Tak terhad dalam kelas dan hanya diberi oleh guru ataupun lecturer sahaja. Pada aku,  buku pun tempat kita nak dapatkan ilmu juga. Setakat ne lebih kurang 30 buah buku aku ada. Comes from macam-macam jenis jugak. Islamik ada, motivasi dan juga jenis bisnes.

Dari sini la kadang-kadang benda yang kita tak pernah tahu kita akan tahu. Ya lah, selalunya asyik baca buku teks je kan? Tambah-tambah "student" macam aku ni. Haha.

Tapi konteks ilmu tu meluas. Deria manusia dapat detect ni pun actually it is learning something. Get more things to learn. Worth it! :)

Irfan Khairi cakap jutawan banyak membaca. Tapi jangan lupa aplikasikan ye!

p/s : Tengah start tulis buku motivasi sendiri.

Monday 16 April 2012

Saat Kita Terjatuh... | Pelan Kehidupan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semua orang pasti merasa saat terjatuh bukan? Baik gagal dalm peperiksaan. Sales kurang mendapat sambutan dan pelbagai lagi yang kadangkala menjatuhkan momentum diri kita.

Entry Khas : Saya Blogger Pilihan Chegu Zubir | Pelan Kehidupan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

This time entry khas. Saya blogger pilihan Chegu Zubir. :)

Cara nak sertai :

1) hanya buat entry tajuk : Saya Blogger Pilihan Chegu Zubir
2) letak header khas Blogger Pilihan Chegu Zubir
3) letak url blog anda
4) jangan lupa letak url entry anda pada ruangan komen..
segmen TAMAT pada hari JUMAAT jam 12 tengah malam bersamaan 20 April 2012
5)semua yang join akan diberi penghargaan special...terima kasih dan selamat menyertai..

credit to : Chegu Zubir

#1 Review Buku : Rich Dad Poor Dad | Pelan Kehidupan


Rich Dad Poor Dad : What The Rich Teach Their Kids About Money That The Poor and Middle Class Do Not!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entry kali ni merupakan first review buku dari saya yang pertama. :)

Buku Rich Dad Poor Dad ini merupakan buku No ! di Wall Street Journal dan telah terjual sebanyak 170 juta naskhah di lebih dari 39 buah negara dan di translatekan bahasa dalam pelbagai bahasa (Melayu punya tak jumpa lagi).

Buku ini menceritkan tentang perjalanan hidup Robert Kiyosaki dari kecil. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan pelajaran sehinggalah tiba saat beliau ingin MENJADI KAYA. Tetapi dalam keinginan untuk mencapai apa yang dikecapinya banyak yang dipelajarinya dari Rich Dad. Ayah kepada sahabatnya Mike yang menjadi orang terkaya di Hawaii pada ketika beliau masih kecil.

Kualiti Hidup (3 Golongan ) | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entry kali ni saya akan cakap pasal kualiti hidup. Sebagaimana dalam Al-Quran menyebut bahawa terdapat 3 golongan iaitu BERJAYA , TERPEDAYA , dan juga CELAKA. Apa definisi-definisi setiap tingkat tu?


Saturday 14 April 2012

Buku-buku Perniagaan Terbaik | Pelan Kehidupan





Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Topik untuk post kali ini saya akan kongsikan beberapa buku yang menjadi titik tolak kepada saya untuk bermula dalam perniagaan. Sebelum ini dalam kepala otak remaja saya asyik terfikir untuk menjadi seorang jurutera sama seperti pakcik saya.

Friday 13 April 2012

Memulakan Perniagaan | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman.




Hari ini saya akan bercakap tentang memulakan perniagaan. Kebanyakan dari kita tidak pernah mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang perniagaan. Memikirkan untung yang tinggi dalam masa yang singkat menyebabkan ramai antara kita yang tertipu dengan pelbagai skim yang ditawarkan pada hari ini.

4 Cara Buat Duit untuk Student IPT | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum, hari ini saya akan menerangkan tentang beberapa perkara bagaimana student IPT boleh jana pendapatan. Pilih cara yang sesuai, apa yang saya tulis di sini hanya sebahagian sahaja.

1. Amanah Saham Nasional Berhad ( ASNB )



 Ada di antara rakan-rakan saya yang membuat pinjaman dengan bank untuk mendapatkan "modal". Contohnya buat pinjaman sebanyak RM10,000 dan bulan-bulan perlu bayar berapa yang perlu. Tapi jangan risau, sebab pinjaman yang anda buat bukan liabiliti macam kebanyakan orang buat loan kereta. Pinjaman yang anda buat merupakan aset yang memberikan pulangan kepada anda. Setiap tahun keuntungan yang anda boleh dapat dengan ASNB adalah sebanyak 7%. Jadi tak rugi bukan, hanya perlu bayar komitmen loan tiap2 bulan. Better dari habiskan entah kemana-mana yang bukan-bukan kan?

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...