Friday 13 April 2012

4 Cara Buat Duit untuk Student IPT | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum, hari ini saya akan menerangkan tentang beberapa perkara bagaimana student IPT boleh jana pendapatan. Pilih cara yang sesuai, apa yang saya tulis di sini hanya sebahagian sahaja.

1. Amanah Saham Nasional Berhad ( ASNB )



 Ada di antara rakan-rakan saya yang membuat pinjaman dengan bank untuk mendapatkan "modal". Contohnya buat pinjaman sebanyak RM10,000 dan bulan-bulan perlu bayar berapa yang perlu. Tapi jangan risau, sebab pinjaman yang anda buat bukan liabiliti macam kebanyakan orang buat loan kereta. Pinjaman yang anda buat merupakan aset yang memberikan pulangan kepada anda. Setiap tahun keuntungan yang anda boleh dapat dengan ASNB adalah sebanyak 7%. Jadi tak rugi bukan, hanya perlu bayar komitmen loan tiap2 bulan. Better dari habiskan entah kemana-mana yang bukan-bukan kan?



2. Jadi penulis.
Ini khas bagi yang ada bakat terpendam tulis novel, ebook dan sebagainya. Cara ni mudah sebab sekali tulis akan ada royalti atau mungkin multiple sales. Cuma perlu kena dengan marketing. Bunyi mungkin susah. Tapi anda tak perlu khuatir. Saluran untuk anda marketkan tulisan anda dah banyak sekarang, facebook, twitter, cakap-cakap orang pun dah okey untuk buat sales. Mana tahu hobi anda yang punya bakat menulis boleh buat duit untuk anda.

3. Bisnes kecil-kecil


Bagi yang berminat dengan konsep ini, mungkin ini cara terbaik untuk anda buat duit. Jual coki-coki pun dah okey dah. Tapi kalau nak lebih, kena la buat lebih kan? Sekarang macam-macam orang jual. Kerepek ke, apollo ke. Just beli borong (harga lebih murah), repack dan jual. Risiko masih ada, kena curi. Tapi jangan takut, rezeki Allah yang bagi. Salah satu rezeki tu orang tak curi barang kita atau duit kita la. InsyaAllah tak ganggu study pun. Kebanyakan orang yang buat berniaga macam ni akan buat satu tabung kecil (ada jugak yang siap mangga ) untuk orang masukkan duit.

4. Kerja part time.

Bila cakap tentang kerja parttime mesti kebanyakan kita akan terfikir 2 lambang kat atas ni. Maaf bukan nak kata kerja ini tak okey, tidak.. Cuma nak menunjukkan kita dah terbiasa dengan kerja macam ini khasnya budak-budak IPT yang tengah cuti sem. Ada kerja part time yang boleh dibuat dari rumah. Contohnya tulis blog dan dapatkan trafik untuk says.my anda.

Ok. Sekian sahaja. Lagi posting menarik akan datang! :) Tunggu~~

No comments:

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...