Saturday, 21 April 2012

Mengabehkan Boreh Jo Ekau Ni!! | Pelan Kehidupan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Entri kali ini saya akan bercakap tentang TIDAK BEKERJA + TIDAK BERDUIT!


Utusan Malaysia - 11 Oktober 2011

STATISTIK sehingga Julai tahun lalu, seramai 952,000 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta masih menganggur walaupun mempunyai kelayakan yang baik.

Fenomena itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya bakal siswazah. Pembangunan pesat institusi pengajian tinggi yang lahir persis cendawan yang tumbuh selepas hujan menyaksikan lebih 24,000 graduan 'dilahirkan' oleh IPTA dan IPTS seluruh negara setiap tahun.

Ia mengundang persaingan yang lebih hebat perlu ditempuhi oleh graduan untuk mendapat tempat di pasaran pekerjaan yang semakin terhad.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm


Adik saya pernah mengatakan bahawa pada tahun ini sahaja seramai lebih dari 9000++ mereka yang memohon Maktab Perguruan (nak jadi cikgu la maksudnya) tetapi yang akan diterima adalah hanya seramai 1000++ sahaja. So, rasa-rasa yang mintak nak jadi cikgu tu confirm dapat ke? Tak jugak kan.


Tapi takpe, kalau dah rezeki kita pasti kita dapat. Tapi kalau tak dapat tu satu yang perlu kita pegang adalah, there is another thing yang lebih baik dan bagus untuk kita. Tapi at last kena usaha jugak la. Cuma aku masih dan akan pegang kata-kata motivasi ni sampai bila-bila.


" No matter what type of job you have, you have the right to be rich. The only way is to throw your small mind as fas away and build new big mind."

Lagipun hampir setiap orang dari kita dipasak supaya belajar "gila babas" so that penghujungnya kita dapat kerja elok-elok. Zaman sekarang ni walau kelayakan kita di tahap mana sekalipun kita masih ada peluang untuk hidup macam orang lain. Cuma positif atau tak positif kita dengan apa yang berlaku pada kita. Saya juga pernah menangis disebabkan dibuang universiti. Tapi saya faham dan saya tahu, berada dalam universiti tak semestinya baik untuk saya.

" Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya tidak ada kebaikan untukmu, dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik untukmu."

Jadi apa juga perkara yang menimpa diri kita, perkara pertama kita kena buat adalah bersangka baik. Pelbagai lagi yang kita boleh buat untuk kita dapatkan wang. Nanti saya akan ajar anda, macam mana nak buat duit tanpa keluarkan duit ataupun tak perlu keluar banyak.


My rich dad C:

Pada yang masih belajar tu, teruskan usaha anda ke tahap maksimas ye. Kepada yang masih belum belajar tu, don't worry. Setiap orang masih ada peluang. Jangan takut untuk memulakan perniagaan. Antara kita terus usaha ataupun kita usaha dan patah balik. Donald Trump pernah berkata,

" Quitter are looser "



Jadi, jangan pernah berhenti melakukan. Jangan menyerah, jangan menyerah, jangan menyerah! Macam lagu D'Masiv - Jangan Menyerah (motivasi jugak tu). That's all.

2 comments:

rAIHan said...

owh terasa pedas..hehe..

raihan tak keje, dan tak mencari keje. tgh cuti 7 bulan. tanam anggur kat uma..=.='

Syahmi Ahmad said...

ouh. takpe. keep looking. maybe you boleh gunakan kelebihan or minat u untuk start your own business maybe.

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...