Friday 13 April 2012

Memulakan Perniagaan | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman.




Hari ini saya akan bercakap tentang memulakan perniagaan. Kebanyakan dari kita tidak pernah mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang perniagaan. Memikirkan untung yang tinggi dalam masa yang singkat menyebabkan ramai antara kita yang tertipu dengan pelbagai skim yang ditawarkan pada hari ini.



Seharusnya kita bijak memulakan sesuatu mengikut kemampuan kita. Tidak perlu untuk kita memulakan dengan sesuatu perniagaan yang modalnya terlalu besar untuk kita keluarkan. Hinggakan ada di kalangan kita yang sanggup meminjam dari kawan-kawan. Baguslah sekiranya perniagaan itu dapat pergi dengan baik, tetapi bagaimana pula jika ditipu? Kan rugi~~ Jadi seharusnya kita bijak mengenal perniagaan yang dapat memberi pulangan yang setimpal dengan modal + usaha yang kita berikan. Tahun pertama belajar. Menuntut ilmu mengenai perniagaan yang bakal kita mulakan. Tahun kedua aplikasikan. Tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar memandangkan banyak usahawan yang gagal dalam tahun ini. Rule 90/10 atau rukun 90/10 merupakan suatu rukun yang mengatakan dari 100 orang peniaga yang memulakan perniagaan mereka hanya 10 sahaja yang berjaya pada tahun pertama mereka memulakan. Dan pada tahun yang berikutnya hanya 1 sahaja yang kekal berjaya dan selebihnya gagal. Namun anda tidak perlu takut atau risau memandangkan hari ini terdapat pelbagai seminar yang boleh anda hadiri untuk menambah ilmu anda. Tahun yang ketiga adalah tahun keuntungan. Inilah tahun yang kita semua nanti-nantikan. Hasil yang datang dari pembelajaran, kegagalan kita. Jadi jangan takut untuk gagal.

No comments:

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...