Monday 16 April 2012

Kualiti Hidup (3 Golongan ) | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entry kali ni saya akan cakap pasal kualiti hidup. Sebagaimana dalam Al-Quran menyebut bahawa terdapat 3 golongan iaitu BERJAYA , TERPEDAYA , dan juga CELAKA. Apa definisi-definisi setiap tingkat tu?




1. BERJAYA - Mereka yang hari ini lebih baik dari semalam, minggu ini lebih baik dari minggu lepas dan hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

2. TERPEDAYA - Mereka yang hari ini sama macam semalam, esok sama macam hari ini dan hari-hari mendatang sama macam hari-hari sebelumnya.

3.CELAKA - Mereka yang hari ini lebih teruk dari semalam. Hari esok lebih teruk dari hari ini dan hari-hari mendatang lebih teruk dari sebelum ni.

Kita dalam golongan mana? Tepuk dada tanya iman. Kita perlu adakan satu checklist untuk kita pantau audit diri kita. Dengan ini perjalanan kita sehari-harian akan lebih baik. Atau sekurang-kurangnya kita ada "goal to achieve" dalam satu hari kita hidup. Mungkin dari situ dapat kita buat inovasi sedikit. InsyaAllah kita tambah sedikit demi sedikit nilai dalam hidup kita. Banyakkan pembacaan tak kira dari sudut apa yang halal sekalipun. Bak kata Donald Trump, "What I didn't know before this that I wanted to know?".

InsyaAllah moga entry ini kalau tak banyak pun dapat beri kebaikan sedikit pada kita insyaAllah. Wassalam.

No comments:

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...