Monday 29 April 2013

Apa Itu Affiliate? | Pelan Kehidupan


Assalamualaikum

APA ITU AFFILIATE?


"Anda pernah dengar tentang agen yang mempromosikan sesuatu barangan? Itulah affiliate. Affiliate

adalah agen yang mempromosikan barangan atau produk pihak lain dan mendapat komisyen dari
setiap jualan yang berjaya dilakukannya. Dalam perniagaan internet, affiliater akan mendaftar
sebagai agen di laman web yang disediakan dan seterusnya mula mempromosikan laman web yang
menjual produk tersebut. Kebiasaannya, komisyen bagi program affiliate produk digital adalah
sekitar 40%-75% kerana pemilik produk tidak menanggung kos yang tinggi dalam menyediakan
produk digital berbanding kos seunit produk fizikal.

Antara produk yang menjalankan program affiliate adalah ebook, produk digital dan servis. Produkproduk

sebegini mudah untuk mengadakan program affiliate kerana ianya hanya berkisar dalam
internet sahaja. Tetapi, terdapat juga program affiliate untuk produk fizikal. Perkara ini bergantung
kepada kreativiti pemilik produk untuk mempromosikan produk mereka. Namun begitu, kebanyakan
produk fizikal lebih cenderung kepada dropshipping dalam membina jaringan agen mereka. 

Bagi produk fizikal, komisyennya jauh lebih rendah. Sekitar 10% - 30% sahaja. Produk fizikal kebiasannya

mempunyai kos seunit produk yang jauh lebih tinggi berbanding produk digital. Ditambah pula
dengan kos penghantaran.

Selain daripada mempromosikan produk untuk dijual, affiliate boleh mempromosikan produk untuk

diberikan secara percuma. Jenis ini dinamakan sebagai Pay Per Lead. Pemilik produk biasanya
mewujudakan PPL untuk mengumpul mailing list. Komisyen bagi program PPL biasanya lebih redah.
Kebiasannya di bawah RM 1. Tetapi, bagi program PPL uar negara, komisyen yang diberikan biasanya
sekitar USD1. Walaupun komisyen bagi PPL jauh lebih rendah, tetapi peluang untuk mendapatkan
lead adalah sangat tinggi. Hal ini kerana prospek tidak perlu membayar apa-apa untuk memiliki
produk tersebut. Hanya perlu mengisi nama dan email di dalam squeeze page."



Petikan dari Smart Affiliate tulisan oleh saya sendiri.



 Kandungan Smart Affiliate Premium

1. Apa itu affiliate?
2. 3 Keperluan bagi setiap affiliate
3. Teknik memilih program affiliate
4. 4 kesilapan dalam affiliate
5. 4 cara meledakkan komisyen affiliate
6. Teknik promosi affiliate



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan versi Premium sila hantarkan email ke syahmi.ahmad9043@gmail.com.




p.s : Sekiranya anda mendapatkan versi Premium pada harga murah dan terhad saya akan berikan produk dari www.taikoemail.com secara PERCUMA!





No comments:

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...