Monday 8 April 2013

3 Perkara Yang WAJIB Anda Tahu Sebagai Internet Marketer | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum

3 Perkara Yang WAJIB Anda Tahu Sebagai Internet Marketer | Pelan Kehidupan

Pemasaran Emel

Internet telah menyediakan kepada kita jalan pemasaran kos rendah. Ia telah memberikan alat-alat maya yang boleh memberikan keputusan yang boleh dibandingkan dengan keputusan hasil dari penggunaan teknik pemasaran popular yang lain.

Mail elektronik atau 'email' adalah satu daripada tool pemasaran yang digunakan secara meluas di Internet. Ada yang menggunakan program-program affiliate, link-link, produk percuma dan lain-lain gimik untuk pemasaran di Internet, tetapi kebanyakan pemilik bisnes menggunakan pemasaran emel.

Emel menyediakan spektrum baru kepada pemilik bisnes dalam menggunakan Internet sebagai medium pemasaran. Jutaan pengguna Internet menggunakan emel untuk menerima maklumat dengan cepat. Walaupun begitu, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati apabila menggunakan pemasaran emel sebagai strategi untuk mempromosikan produk atau servisnya.

Artikel ini cuba untuk menjelaskan selok-belok dalam dunia pemasaran emel selain dari menyediakan tips dan cadangan tentang bagaimana untuk menggunakan pemasaran emel dengan betul.

Katakanlah, ada seorang pemilik bisnes memiliki sebuah produk yang bagus dan dia mahu menjualnya di Internet. Dia sudah pun mempunyai sebuah laman web sebagai portal untuk memudahkannya menerima pesanan dari pelanggan dan menyiarkan maklumat berkaitan dengan produknya itu. Laman webnya mengandungi maklumat yang lengkap dan berguna tentang produk tersebut selain mempunyai rekabentuk yang menarik. Masalahnya, tidak ada orang yang mengunjungi laman webnya yang hebat itu. Di samping menggunakan teknik pemasaran yang lain, dia juga menggunakan teknik pemasaran emel dalam usaha menarik pengunjung ke laman webnya sekaligus menukarkan mereka kepada pelanggannya.

Di bawah ini disediakan beberapa tips bagaimana untuk menggunakan teknik pemasaran emel secara berkesan:

- Menyertai e-group

Terdapat banyak kumpulan-kumpulan yang memfokuskan kepada pasaran-pasaran tertentu. Berjuta-juta senarai emel dan e-group telah sedia ada dan boleh digunakan oleh pemilik bisnes untuk menumpukan usaha kepada pasaran yang menjadi sasarannya.

Bagaimanapun, seseorang pemilik bisnes itu hendaklah berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan dalam pemasaran emel yang boleh merosakkan reputasi bisnes dan produknya di mata para prospek.

Dia boleh menyertai e-group yang wujud itu dan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan 'feel' umum tentang apa yang berlaku di dalamnya. Ini bolehlah diistilahkan sebagai pencerobohan pasaran. Pemilik bisnes tersebut boleh membuat komen ringkas berkaitan sesuatu topik untuk membina kredibiliti di mata para ahli e-group tersebut.

- Penulisan yang menarik

Menggunakan metod pemasaran emel membolehkan seseorang pemilik bisnes itu mendedahkan lebih banyak maklumat tentang produk atau servisnya dalam usaha mempengaruhi pembaca untuk mendapatkan produknya itu. Ketika memasukkan iklan ke dalam emelnya, pemilik bisnes itu perlulah menjadikannya mudah untuk dibaca dan difahami oleh prospek.

Bahagian pertama emel itu hendaklah mampu menangkap perhatian pembaca. Baris pertama dalam kandungan emel tersebut mestilah mempunyai pembayang tentang apakah yang ingin disampaikan oleh penghantar melalui emel tersebut.

Maklumat yang cukup tentang produk itu hendaklah disertakan sekali dalam emel tersebut. Kandungan emel itu seboleh-bolehnya sudah pun mengandungi jawapan-jawapan untuk soalan umum dari para pembaca. Kemudian para pembaca hendaklah digesa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya setelah membaca emel tersebut. Kandungan emel itu hendaklah ditulis dengan begitu baik dan teliti sehingga dapat mempengaruhi pembaca segera mengunjungi laman web penghantar emel itu dan membuat pesanan produk berkaitan.

- SPAM

Peraturan paling asas dalam pemasaran emel; jangan sesekali melakukan spam! Spam adalah istilah yang digunakan untuk merujuk emel-emel yang tidak diundang. Spam bukan sahaja membosankan, bahkan menyemakkan inbox pengguna dan menghalang emel-emel lain yang lebih penting untuk tiba ke inbox penerima. Bagi mereka yang pernah menerima emel-emel spam tahu bahawa emel sampah yang berunsurkan komersial fizikal lebih senang untuk dijauhi berbanding dengan emel spam. Emel spam memakan ruang emel yang mana dihantar oleh pihak yang menggunakan perkhidmatan mass mailing secara tidak sah.

Ini semua hanyalah asas dalam pemasaran emel. Tidak kiralah apa yang anda ingin lakukan melalui pemasaran emel, jangan sesekali mendekati perbuatan spam. Bukan saja ianya mengundang bahaya kepada perniagaan anda, bahkan merosakkan kredibilit dan reputasi anda dan produk atau servis anda di mata komuniti Internet seluruhnya. Kesimpulannya, pemasaran emel merupakan strategi pemasaran yang sangat berkesan jika digunakan dengan betul dan mematuhi segala peraturan dan undang-undangnya.

No comments:

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...