Saturday 22 December 2012

Konvensyen Transformasi Kuasa Kekayaan (Ustaz Zaharuddin) | Pelan Kehidupan

Assalamualaikum,

InsyaAllah saya akan cerita sedikit sebanyak apa yang saya dapat dalam seminar sesi pertama yang saya hadiri pagi tadi dari jam 9 pagi hingga ke 5 petang. Tapi untuk post ni saya akan bercerita apa yang saya dapat dari sesi Ustaz Zaharuddin. Seperti yang mungkin kebanyakan kita tahu bahawa Ustaz Zaharuddin merupakan seorang pakar dari segi Kewangan Islam. Jadi beberapa perkongsian yang saya dapat

1. Kita kena bayangkan kita jadi jutawan.
Ini the most basic thing. Yang ramai dari kita susah sangat nak bayang. Berangan pun tak mampu, bagaimana kita nak capai? Jadi salah satu solusi yang saya dapat dari Abang Abu (maaf, saya akan campurkan sikit2 dengan penceramah lain), ialah dengan membuat satu list.

Di column kiri anda tulis "Aku nak kaya" kemudian dibawahnya susah. Di column kanan "Aku nak kaya" di bawahnya lawan kepada yang sebelah kiri. Anda keluarkan semua yang negatif " Ye ke?", "Btol ke?", "Tipu la" setiap satu baris diikuti dengan kanan menulis "Senang", "Senang", "Senang". Secara tidak langsung anda akan mengeluarkan semua ketidakpastian anda dalam menjadi kaya.

2. Letakkan Mindset kita, apa sahaja yang kita buat SEMUANYA untuk HARI AKHIRAT KELAK.

Sebagai contoh : Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai seorang pemerintah yang terkemuka. Ketika beliau turun bertemu dengan rakyat-rakyatnya mereka mengadu kepada Zulkarnain bahawa mereka selalu dibuli oleh kaum Yakjuj dan Makjud. Jadi Allah ilhamkan kepada beliau untuk membina sebuah tembok yang diperbuat dari campuran pelbagai jenis elemen yang merupakan antara teknologi terhebat pada masa itu yang kini dikenali dengan loyang (Alloy). Alhamdulillah mereka siap membina tembok tersebut. Rakyatnya kemudian memuji-muji pemimpin mereka Zulkarnain. Tetapi Zulkarnain menjawab bahawa Allah telah mengurniakan kelebihan pada mereka untuk membina tembok tersebut tetapi akan tiba masa yang Allah tetapkan akan runtuh, maka runtuhlah. Betapa Zulkarnain telah menolak segala pujian rakyatnya kepada Allah SWT.

Antara yang terbaik sekali kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan.

PS : Maaf saya tidak pasti sama ada ayat Al-Quran, hadis atau pendapat Ulama'

Sesiapa yang ingin memulakan bisnes mulakan dengan PERNIAGAAN YANG MEMENUHI ASASI MANUSIA.

Contoh : Makanan, Pakaian dll ( Keperluan )

"Terdapat manusia yang sangat skeptikal dengan KEKAYAAN dan mengaitkan KEKAYAAN itu dengan perkara-perkara yang  negatif. KEDEKUT, BAKHIL, MAKAN HARTA ORANG, PENIPU dan macam-macam lagi lah. SELAMA MANA MEREKA BERFIKIRAN BEGITU, JIKALAU MEREKA KAYA SEKALIPUN MEREKA TAKKAN DAPAT MENJADI ORANG KAYA YANG BETAQWA. Malah mereka mungkin akan jadi seperti yang mereka katakan itu." - Syahmi Ahmad

3. Tanda-tanda keberkatan

a. Mudah melakukan amal soleh
b. Mudah insaf dan bertaubat
c. Rasa puas dengan apa yang diperolehi
d. Kurang perasaan cemburu dengan kejayaan orang lain
e. Tidak mudah marah dan stress dengan kehidupan.

4. Kesan

a. Terhindar dari kemudharatan
b. Mampu bersabar atas musibah
c. kebaikan kpd keluarga & tempat kerja
d. Penarik kebaikan
e. Masa yang mencukupi

Sekian setakat yang saya mampu share. InsyaAllah esok saya akan update lagi. Wallahualam

Sponsored links :
Bagaimana BERHENTI MEROKOK DALAM MASA 3 MINGGU!!
Dapatkan pelbagai beg dan aksesori untuk WANITA dan LELAKI!



1 comment:

Mrs Kamilah said...

Nice sharing. Dulu terlibat dengan perniagaan pakaian tapi sekarang dah beralih kepada makanan tambahan :)

Entri Yang Mungkin Korang Minat :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...